Wednesday, February 17, 2021

Permohonan eGTukar KPM : Maklumat penting yang wajib perlu tahu bagi pemohon egtukar 2021

Permohonan eGTukar KPM : Maklumat penting yang wajib perlu tahu bagi pemohon egtukar 2021

Pesoalan yang biasa bermain diminda guru - guru ialah seperti berikut :

  1. Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?
  • Seperti sedia maklum terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    1. Kepentingan perkhidmatan
    2. Kekosongan jawatan
    3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui modul EG-Tukar?
  • Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
  • Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
    • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
  1. Kenapa saya selalu gagal dalam permohonan pertukaran?
  • Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut: a. Kepentingan perkhidmatan
    1. Kekosongan jawatan
    2. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Keputusan Egtukar  akan diumumkan bila?
  • Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
  1. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
  • Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

 

BAGAIMANAKAH CARA HENDAK MELAKUKAN PERMOHONAN EGTUKAR SECARA MANUAL:

  • Guru Cemerlang Institusi (KM, ELTC, IAB): Perlu melakukan permohonan secara MANUAL kemudian dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan.
  • Pentadbir Secara Hakiki: Perlu melakukan permohonan secara MANUAL dengan MENGISI BORANG dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang terlibat.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN eGTukar KPM:

RAYUAN PERTUKARAN GURU?

  • Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan adalah muktamad. Permohonan rayuan yang lulus juga tidak dibernarkan untuk dibatalkan.

GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

  • Guru yang sedang bercuti tanpa atau separuh gaji.
  • DG42 sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Sedang mengikuti kursus atau sedang cuti belajar.
  • Guru interim (mengikuti kursus dalam cuti).
  • Guru yang dikenakan / dalam proses tindakan tatatertib.

TARIKH PERMOHONAN SESI JAN 2021 DAN JUN 2021?

  • Tarikh permohonan dibuka adalah pada 15 Februari 2021, dan tarikh permohonan ditutup adalah pada 28 Mac 2021.

Untuk membuat atau menyemak permohonan, sila layari laman web eGTukar berikut.

https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

( KREDIT LAMAN WEB KPM)

SETTING TELEGRAM SUPAYA TAK GUNA BANYAK DATA DAN SPACE

    

    CARA LAKUKAN TETAPAN TELEGRAM SUPAYA TAK GUNA BANYAK DATA DAN SPACE 


1. Kebanyakkan ibubapa merasakan menggunakan Telegram banyak data digunakan dan memberatkan telefon berbanding whatsapp.
2. Untuk pengetahun Ibubapa, hari ini saya nak ajar macam mana nak setting telegram supaya tidak menggunakan banyak data dan space.
Klik gambar untuk penerangan ya.








                                                                 Klik pada setting ( kredit FB Lyana Mansor)


                                                   Klik data and storage (kredit FB Lyana Mansor)


                                        Ni semua untick. Pastikan bukan warna biru ya ( FB Lyana Mansor)

                                lik chat setting, Dan untick save tu gallery ( kredit FB Lyana Mansor)

                        Klik storage usage. Dan click clear cache. JANGAN CLICK CLEAR DATABASE
                                    Nanti hilang chat. 9 kredit FB Lyana Mansor )

Setting yang saja tunjuk ini supaya tak auto download.
Kalau u olls perasan, kalau kita buka telegram, semua benda dalam telegram tu di download kan. Sebab tu perlu setting ni.
Yang kita dah download, jika kita delete, masih boleh di download semula kerana telegram ada Cloud Storage.
U olls boleh juga setting supaya tak simpan di gallery. Jadi dia akan simpan di dalam cloud je

Monday, February 15, 2021

Semakan Salinan Keputusan Peperiksaan PMR/ SPM / SVM / STPM dan lain lain

Zaman teknologi sekarang sangat mudah bagi semua masyarakat terutamanya bagi pelajar yang hendak mendapat salinan keputusan peperiksaan yang original. Untuk Pengetahuan semua untuk mendapatkan salinan ini ada sedikit caj yang dikenakan. 

like page fb : https://web.facebook.com/InfoPendidikan-107937908002480

klik website tersebut https://elp.moe.gov.my/





Sunday, February 14, 2021

Tarikh Penting Permohonan eGTukar 2021

 Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. 

Skop Sistem EgTukar

Permohonan pertukaran ini melibatkan guru - guru di bawah kawalan :

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

2. Bahagian Pendidikan Islam

3. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

4. Bahagian Pendidikan Khas

5. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

6. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian



Jadual Pelaksanaan


Tarikh Buka : 15 Februari 2021

Tarikh Tutup : 28 Mac 2021 

Link Egtukar : https://epgo.moe.gov.my/




ikut langkah di bawah



Laman utama e-GTukar memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Laluan Masuk, Bantuan & Info, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan bantuan. Laluan Masuk ke e-GTukar adalah dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.

 1. Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di  Laluan Masuk tidak tepat. 

2. Bantuan & Info yang disediakan di e-GTukar adalah berkaitan borang manual, syarat pertukaran, panduan permohonan, guru tidak layak, analisa pertukaran, semakan kekosongan, soalan lazim, dan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi.



1. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan. 

2 Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi. 


Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

Maklumat Berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan

Maklumat Berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan




Dalam menguruskan bantuan persekolahan seperti BAP, RMT, PSS & KWAPM,
Jumlah nilai pendapatan yqangg dinyatakan didalam APDM bukanlah ukuran terakhir yg menyatakan murid @ pelajar berkenaan layak untuk terima bantuan atau tidak.
Semua murid @ pelajar yg tersenarai layak menerima bantuan mesti MEMBUAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN BORANG PB1 & DOKUMEN² SOKONGAN.
Murid yg tlh membuat permohonan menggunakan Borang PB1 juga bukan akan layak secara automatik.
Semua permohonan perlu ditapis dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) dan perlu diminitkan.
Jika ada murid yg mengemukakan Borang PB1 dan Slip gaji @ Borang PB2 tidak sama nilai pendapatannya, ahli mesy JBPS BOLEH MENOLAK PERMOHONAN BANTUAN dengan JUSTIFIKASI MAKLUMAT PENDAPATAN MERAGUKAN.
Berkaitan Bantuan KWAPM
Nama murid yg tercalon layak bantuan akan disenaraikan dlm sistem APB1 (http://apb1.moe.gov.my).
Nama adalah berdasarkan data pendapatan & perkapita dlm APDM.
Nama yg berada dlm APB1, bukan layak secara automatik.
Guru bantuan KWAPM akan tick sama ada layak @ tidak.
Guru Besar akan buat pengesahan.
Tetapi sblm guru bantuan KWAPM tick layak, ia perlu melalui proses mesy JBPS dan diminitkan dan di attach dlm sistem APB1.
Dan mengikut Surat Pekeliling Kewangan bil 1 tahun 2019, semua bantuan kewangan perlu diselesaikan dlm masa 14 hari selepas duit bantuan dimasukkan ke dlm akaun sekolah.

Saturday, February 13, 2021

MATEMATIK SPM : HADAM TAJUK NI KALAU NAK DAPAT PALING KURANG C

 MATEMATIK SPM : HADAM TAJUK NI KALAU NAK DAPAT PALING KURANG C



Subjek Matematik antara subjek yang susah nak skor bagi kebanyakan pelajar. Betul ka? Tak semualah kan. Ada sebahagian saja, sebab ada ja sebahagian pelajar rasa matematik la paling best sebab tak payah baca.
Memandangkan SPM pun dah dekat, berikut adalah tajuk yang wajib hadam kalau nak dapat sekurang-kurangnya C.
1. Set
2. Ketaksamaan
3. Persamaan Serentak
4. Matriks
5. Penaakulan Matematik
6. Kebarangkalian
7. Garis & Satah dalam 3 Dimensi
8. Graf Fungsi
9. Statistik
10.Pelan & Dongakan
Jadi kalau kepala jenis study last minute ni hampa pakat-pakat fokus la tajuk ni dalam Kertas 2. Insyaallah boleh dapat markah lebih kurang 64 markah dalam kertas 2 saja.
Jadi, katakan dapat 64 untuk kertas 2 dan kertas 1 boleh dapat paling kurang 10 sekali pun insyaaallah boleh dapat 53 matematik iaitu gred C. 👇
(64 + 10)/140 × 100
= 53
By the way, sekarang adalah masa untuk usaha. Dah boleh berenti buat benda yang sia-sia dan mula study untuk exam. Jangan menyesal di kemudian hari. Hadkan penggunaan smartphone(selain untuk tujuan belajaq) kepada 1 jam sahaja sehari.
WORK HARD! NEVER GIVE UP!

Hebahan Panggilan Temu Duga Bagi Graduan Pendidikan Universiti Awam Kelahiran Semenanjung Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Untuk Pengambilan Tahun 2020 (Siri Pertama)

Hebahan Panggilan Temu Duga Bagi Graduan Pendidikan Universiti Awam Kelahiran Semenanjung Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Untuk Pengambilan Tahun 2020 (Siri Pertama)



Urusan temu duga Siri Pertama akan melibatkan opsyen – opsyen seperti berikut :
Pendidikan Bahasa Inggeris;
Pendidikan Bahasa Melayu;
Pendidikan Matematik;
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
Pendidikan Khas;
Pendidikan Sejarah;
Pendidikan Sains; dan
Pendidikan Tahfiz.
Calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Pertama) secara dalam talian melalui pautan berikut : https://semakan.spp.gov.my/.../jadual_temuduga_rakaman...
Jadual Temu Duga (Siri Kedua) akan dihebahkan secara berasingan kemudian.

BENGKEL ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan Guru, AKP,  warga pendidik yang lain dan ibu bapa. Malam ini akan diadakan satu Bengkel Asas Penggunaan Google Classroom bagi mereka yang  memerlukan panduan asas dalam pengendalian Google Classroom.


Berikut merupakan butiran Bengkel tersebut:


Tarikh: 13 Februari 2021

Masa: 9.00 malam

Pautan Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=EbZaEMcg9K8

                            https://www.youtube.com/watch?v=EbZaEMcg9K8


Terima kasih atas sokongan kalian. ❤️❤️

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) DILAKSANAKAN KEPADA SEMUA MURID YANG TELAH MEMOHON. PKSK TINGKATAN EMPAT (4) AKAN DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 15 HINGGA 26 FEBRUARI 2021. TIADA PENTAKSIRAN ULANGAN AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS INI."

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) DILAKSANAKAN KEPADA SEMUA MURID YANG TELAH MEMOHON. PKSK TINGKATAN EMPAT (4) AKAN DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 15 HINGGA 26 FEBRUARI 2021.


TIADA PENTAKSIRAN ULANGAN AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS INI."

Permohonan kemasukan ke tingkatan 4 ke sekolah - sekolah khusus seperti SBP/SMKA/KV/SMT dan MTD bagi tahun 2021




Koleksi Pantun Majlis

 



Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

 

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat;

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat.

 

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

 

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

 

Dari Rokan ke Indragiri,

Membawa tinta ke Kuala Linggi;

Baliklah tuan rehatkan diri,

Esok kita bersua lagi.

 

Ingin rasa memakan kari,

Kari cendawan batang keladi;

Girang rasa tidak terperi,

Bertemu tuan yang baik budi.

 

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

 

Mega berarak indah berbalam,

Dipuput bayu ke pohon ara;

Pemanis kalam selamat malam,

Awal bismillah pembuka bicara

 

Terbang sekawan si burung merbuk,

Batang selasih di Tanjung Dara;

Padamu tuan kami persembah,

Santapan kasih juadah mesra.

 

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih;

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

 

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

 

 Sungguh indah bunga kemboja,

Di bawah atap tepi halaman;

Juadah sudah letak di meja,

Sudilah santap tuan budiman.

 

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

 

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Wednesday, February 10, 2021

Langkah-Langkah Memulakan Ciri Voice Chat di Telegram Untuk PDPR

Telegram mempunyai ciri Voice Chat dimana guru boleh mmelakukan PDPR menggunakan Voice Chat. Voice chat ini Dimulakan oleh guru yang telah dilantik sebagai admin bagi kumpulan tersebuta yang berperanan mengawal kumpulan tersebut.

Langkah 1: Klik pada ruang nama group Telegram (pasti cikgu adalah OWNER/ADMIN bagi group telegram tersebut)


Langkah 2: Klik pada menu 3 titik


Langkah 3: Pilih Voice Chat



Langkah 4: Tekan Start

Langkah 5: Murid yang ONLINE akan JOIN tapi guru masih boleh Invite murid yang belum join



Tarikh Penting Permohonan eGTukar 2021

 Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. 

Skop Sistem EgTukar

Permohonan pertukaran ini melibatkan guru - guru di bawah kawalan :

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

2. Bahagian Pendidikan Islam

3. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

4. Bahagian Pendidikan Khas

5. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

6. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Jadual Pelaksanaan


Tarikh Buka : 15 Februari 2021

Tarikh Tutup : 28 Mac 2021 

Link Egtukar : https://epgo.moe.gov.my/






Tuesday, February 9, 2021

Garis Panduan Pengurusan dan Pengeroperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 sebagai rujukan  bagi pengurusan sekolah dan asrama serta pengurusan pentaksiran pusat dan peperiksaan awam supaya teratur dan lancar. 


Garis Panduan ini terpakai kepada semua Institusi Pendidikan bawah KPM dan Istitusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.


Sehubungan itu, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2020 adalah dibatalkan.


Garis Panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi KPM di


www.moe.gov.my


#bersamasamamelangkahlebihjauh 

#togetherwemovefurther 

#kitajagakita