Sunday, February 14, 2021

Tarikh Penting Permohonan eGTukar 2021

 Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. 

Skop Sistem EgTukar

Permohonan pertukaran ini melibatkan guru - guru di bawah kawalan :

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

2. Bahagian Pendidikan Islam

3. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

4. Bahagian Pendidikan Khas

5. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

6. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian



Jadual Pelaksanaan


Tarikh Buka : 15 Februari 2021

Tarikh Tutup : 28 Mac 2021 

Link Egtukar : https://epgo.moe.gov.my/




ikut langkah di bawah



Laman utama e-GTukar memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Laluan Masuk, Bantuan & Info, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan bantuan. Laluan Masuk ke e-GTukar adalah dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.

 1. Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di  Laluan Masuk tidak tepat. 

2. Bantuan & Info yang disediakan di e-GTukar adalah berkaitan borang manual, syarat pertukaran, panduan permohonan, guru tidak layak, analisa pertukaran, semakan kekosongan, soalan lazim, dan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi.



1. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan. 

2 Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi. 


Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

No comments:

Post a Comment