Wednesday, February 17, 2021

Permohonan eGTukar KPM : Maklumat penting yang wajib perlu tahu bagi pemohon egtukar 2021

Permohonan eGTukar KPM : Maklumat penting yang wajib perlu tahu bagi pemohon egtukar 2021

Pesoalan yang biasa bermain diminda guru - guru ialah seperti berikut :

  1. Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?
  • Seperti sedia maklum terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    1. Kepentingan perkhidmatan
    2. Kekosongan jawatan
    3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui modul EG-Tukar?
  • Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
  • Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
    • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
  1. Kenapa saya selalu gagal dalam permohonan pertukaran?
  • Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut: a. Kepentingan perkhidmatan
    1. Kekosongan jawatan
    2. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Keputusan Egtukar  akan diumumkan bila?
  • Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
  1. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
  • Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

 

BAGAIMANAKAH CARA HENDAK MELAKUKAN PERMOHONAN EGTUKAR SECARA MANUAL:

  • Guru Cemerlang Institusi (KM, ELTC, IAB): Perlu melakukan permohonan secara MANUAL kemudian dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan.
  • Pentadbir Secara Hakiki: Perlu melakukan permohonan secara MANUAL dengan MENGISI BORANG dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang terlibat.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN eGTukar KPM:

RAYUAN PERTUKARAN GURU?

  • Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan adalah muktamad. Permohonan rayuan yang lulus juga tidak dibernarkan untuk dibatalkan.

GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

  • Guru yang sedang bercuti tanpa atau separuh gaji.
  • DG42 sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Sedang mengikuti kursus atau sedang cuti belajar.
  • Guru interim (mengikuti kursus dalam cuti).
  • Guru yang dikenakan / dalam proses tindakan tatatertib.

TARIKH PERMOHONAN SESI JAN 2021 DAN JUN 2021?

  • Tarikh permohonan dibuka adalah pada 15 Februari 2021, dan tarikh permohonan ditutup adalah pada 28 Mac 2021.

Untuk membuat atau menyemak permohonan, sila layari laman web eGTukar berikut.

https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

( KREDIT LAMAN WEB KPM)

No comments:

Post a Comment