Sunday, February 14, 2021

Maklumat Berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan

Maklumat Berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan




Dalam menguruskan bantuan persekolahan seperti BAP, RMT, PSS & KWAPM,
Jumlah nilai pendapatan yqangg dinyatakan didalam APDM bukanlah ukuran terakhir yg menyatakan murid @ pelajar berkenaan layak untuk terima bantuan atau tidak.
Semua murid @ pelajar yg tersenarai layak menerima bantuan mesti MEMBUAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN BORANG PB1 & DOKUMEN² SOKONGAN.
Murid yg tlh membuat permohonan menggunakan Borang PB1 juga bukan akan layak secara automatik.
Semua permohonan perlu ditapis dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) dan perlu diminitkan.
Jika ada murid yg mengemukakan Borang PB1 dan Slip gaji @ Borang PB2 tidak sama nilai pendapatannya, ahli mesy JBPS BOLEH MENOLAK PERMOHONAN BANTUAN dengan JUSTIFIKASI MAKLUMAT PENDAPATAN MERAGUKAN.
Berkaitan Bantuan KWAPM
Nama murid yg tercalon layak bantuan akan disenaraikan dlm sistem APB1 (http://apb1.moe.gov.my).
Nama adalah berdasarkan data pendapatan & perkapita dlm APDM.
Nama yg berada dlm APB1, bukan layak secara automatik.
Guru bantuan KWAPM akan tick sama ada layak @ tidak.
Guru Besar akan buat pengesahan.
Tetapi sblm guru bantuan KWAPM tick layak, ia perlu melalui proses mesy JBPS dan diminitkan dan di attach dlm sistem APB1.
Dan mengikut Surat Pekeliling Kewangan bil 1 tahun 2019, semua bantuan kewangan perlu diselesaikan dlm masa 14 hari selepas duit bantuan dimasukkan ke dlm akaun sekolah.

No comments:

Post a Comment