Wednesday, February 10, 2021

Tarikh Penting Permohonan eGTukar 2021

 Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. 

Skop Sistem EgTukar

Permohonan pertukaran ini melibatkan guru - guru di bawah kawalan :

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

2. Bahagian Pendidikan Islam

3. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

4. Bahagian Pendidikan Khas

5. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

6. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Jadual Pelaksanaan


Tarikh Buka : 15 Februari 2021

Tarikh Tutup : 28 Mac 2021 

Link Egtukar : https://epgo.moe.gov.my/






No comments:

Post a Comment