Monday, February 8, 2021

PDPR ?? Bagaimana Cara Menghasilka Video Menggunakan Powerpoint

PKP ini ramai guru terlibat dengan sesi pengajaran secara PdPr. Memadangkan sesi PdPr memerlukan kreativi guru dalam mengajar. Memandangkan ramai guru berminat untuk menghasilkan video PdPr tetapi belum mahir menggunakan Software editting video untuk mrekod dan merakam Video Pengajaran.

Sebenarnya untuk menghasilkan video pdp beserta dengan audio suara kita mengajar amat mudah, anda boleh menggunakan Microsoft Powerpoint sahaja. Versi yang ada fungsi recording adalah 2010 ke atas.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk merakam atau rekod video menggunakan Powerpoint :

1) anda perlu membuka perisian Powerpoint di komputer atau laptop anda. Kemudian anda lihat di bahagian atas ada ‘Recording’. Bagi yang tiada jangan bimbang, ikut langkah ini:

Buka Powerpoint – Klik File (Ada di Tepi Kiri) – Option – Customize Ribbon – Di Main Tab Tick Recording, rujuk video di bawah:




2) Setelah anda selesai setting perkara di atas, anda bolehlah membuat rakaman. tetapi sebelum mula merakam anda siapkan dahulu slide powerpoint anda.

Cara untuk memulakan rakaman:

  1. Buka slide powerpoint anda yang telah siap.
  2. Tekan Recording – Pilih Record Slide Show


Apabila paparan  Recording sudah keluar di atas, ini bermakna anda sudah boleh mula merekod, tekan button merad Record di sudut atas kiri tersebut.

Anda juga boleh menerangkan setiap slide dengan menggunakan suara anda, pastikan Laptop anda ada Mic, untuk kualiti suara yang lebih jelas boleh gunakan headphone atau earphone yang mempunyai Microphone.

Jika guna Desktop PC anda boleh beli Webcam dan microphone tambahan.

Selain suara, anda juga boleh open webcam, nanti gambar anda akan muncul di sudut sebelah kanan bawah.

Setelah anda siap merekod, anda boleh save kepada video caranya seperti biasa;

File – Save As – Pilih MP4 – Save

No comments:

Post a Comment